Tuesday 10 July 2012

Kisah Kamil

     Pagi itu, Kamil menonton siri anime kegemarannya "Chibi Maruko-chan". Beliau merasa terharu apabila melihat babak saat-saat manis di mana Maruko diberi hadiah berupa fon strap oleh boyprennya. Akibat pengaruh yang teramat kuat, Kamil terus menendang starter motornya lalu menuju ke Queensbay mall untuk membeli fon strap. Nafsu yang membuak-buak di dada membuat Kamil terfikir di atas motornya. Baru dia sedar dia takdak makwe. "Ah, aku beli untuk aku sendiri sudeh," dia cuba menenangkan perasaannya.

     Sampai saja kat tempat parking motor, Kamil menyeluk sakunya untuk mengeluarkan syiling nak buat bayar parking. Kamil masukkan dengan perlahan dan penuh syahdu,
"Sposen..dua posen...sposen...dua posen...sposen...dua posen.........".
Kamil pegang semula handle motornya sambil tersenyum (entah kenapa dia senyum).
Namun, senyumannya mula pudar kerana penghadang tidak terangkat. Kamil lihat semula pada paparan mesin tersebut,
"90sen, aku nak singgit oii". Arghhh, sudah laa. Baru Kamil perasan syiling dia tak cukup sposen.

     Tengah Kamil dok haru pikir nak blah ke nak rugi 90sen, datang sorang brader ni. Pakai spek. Macam ulat buku. Nampak senyap. Kamil pon memandang brader tu dengan muka sposen.
"Err, bro...". Tiba-tiba je brader tu menggelabah bewak seluk poket. Nak bawak keluar syiling. Berterabur syiling atas tar depan Kamil tu. 
"Nak brape?" brader tu mengira-ngira duitnya.
"Sposen je"  brader tu pon kasik la sposen. Maka, Kamil menyorong motornya ke dalam.
"Thanks bro." Sama-sama senyum.



No comments:

Post a Comment