Sunday 29 April 2012

SerabuT 3.0

hmm, banyak benda yang telah berlaku hari ini

--------------------------------------------------------------------------------------------

Bangun pagi awal pada hujung minggu;

ke hulu ke hilir jalan tengah panas, tengah pekan;

masuk tokong-tokong Cina;

bergambar dan menangkap gambar tengah jalan;

orang tak reti tangkap gambar(sesetengah) guna kamera aku;

tak dapat beli Milo ais guna vending machine;

Suarez score hatrick masa game Liverpool lawan Norwich;

tak nampak langsung batang hidung rumet aku hujung minggu ni;

nyamuk menyambut kepulangan aku di depan pintu bilik macam kucing tunggu nak makan;

bandaraya yang bersepah dan kotor walaupun perhimpunan Bersih telah dijalankan;

huru hara tercetus oleh polis yang fungsinya menjaga keamanan;

polis main "Bumper Car" kat jalan biasa;

post2 yang menyokong dan menolak Bersih 3.0 bersepah kat Facebook;

motor aku dah seminggu berturut2 kena hujan dan panas;

post2 daripada kawan2 yang sudah bersedia untuk menjadi suami solihin dan isteri solehah bertambun2;

bilik aku berhabuk walaupun tingkap dan pintu bertutup sentiasa

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

letihnya hari ni Allah saja yang tahu, ngantuk gila sampai dok ngadap laptop ni pon tersengguk2..
tatkala aku nak letak kepala tidor, aku tengok sekeliling bilik aku...

Bersepahnya~

"Perlukah aku rasa rugi kerana tak ikut Bersih 3.0 atau tidak?"

No comments:

Post a Comment